Seperti yang kita tahu, sebagai seorang pekerja sosial mestilah bekerja dengan dengan semua kumpulan masyarakat tidak kira siapa pun mereka. Pekerja sosial mesti menerapkan dalam hati tidak terus membuat sterotaip kepada klien-klien yang datang meminta bantuan. Klien yang datang akan membawa pelbagai masalah yang mungkin pekerja sosial tidak mempunyai pengalaman menghadapinya tetapi, terima klien tersebut dengan hati terbuka dan bawalah dia berjumpa dengan seseorang yang boleh mengendalikannya.
Dalam konteks satu Malaysia, tidak kiralah klien tersebut Melayu, Cina, India, Bidayuh, sebagai pekerja sosial terima mereka dan bantu mereka sama seperti membantu klien yang sebangsa dengan kita. Etika seperti kerahsiaan juga mesti mesti kita terapkan dengan siapapun klien yang datang.
Walaubagaimanapun kadang-kadang permasalahan klien akan bertindan dengan agama yang dianuti oleh pekerja sosial. Perkara ini boleh sahaja diselesaikan dengan baik. Rujuk sahaja masalah tersebut kepada sesiapa yang leih berpengalaman dan kerahsiaan masih boleh dilakukan.
Friday, August 7, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)