Saturday, October 10, 2009

PERSON-CENTERED THEORY

Teori ini bertujuan untuk memperbaiki kefungsian sosial individu dengan meningkatkan kefahaman dan penerimaan diri melalui pertolongan yang tidak langsung. Dalam proses ini, pekerja sosial perlu menititk beratkan soal hati-hati, "empathy" dan kemahiran mendengar.

Untuk teori ini, pekerja sosial perlu menyediakan suasana persekitaran yang positif kepada klien supaya klien dapat mengembangkan kemahiran yang klien ada. Klien perlu mengelakkan dari menerima tekanan dari persekitaran supaya dia dapat melihat potensi dalam dirinya. Pekerja sosial hanya perlu menyediakan persekitaran yang merubah diri klien bukan membuat sesuatu yang mengubah klien kepada perubahan yang spesifik.

Oleh itu, pekerja sosial perlu mempunyai "mind set" yang positif kepada semua klien. Ini kerana setiap klien mempunyai keunikan tersendiri. Pekerja sosial perlu mengelakkan dari memberi nasihat dan analisis klien tersebut.
Contoh kejadian yang boleh aplikasikan teori ini seperti trauma daripada dirogol. Klien in perlu menukar persekitarannya supaya dia tidak mengingati orang dan siapa-siapa yang kelilingnya yang boleh membuat dia mengignati semula kejadian tersebut. Di tempat baru, klien akan diajar pelbagai perkara dan berjumpa dengan kawan-kawan baru. dengan ini, klien akan membina semangat baru.



RUJUKAN

No comments:

Post a Comment