Wednesday, July 29, 2009

KAEDAH FASILITASI YANG BAIK

Untuk menjadi seorang fasilitator yang baik, mestilah mempunyai ciri-ciri yang menarik dan berkesan. Di sini sedikit tip yang mungkin dapat membantu individu yang ingin menjadi fesi di mana-mana kem :

  • Suka tersenyum

Senyuman dapat membantu merapatkan hubungan dengan orang lain. seperti yang kita biasa dengar "kurangkan gula dalam minuman, banyakkan gula dalam senyuman". Apa yang boleh dikatakan "manisnya" senyuman ini dapat memberikan tanggapan baik orang kepada kita.

  • aktif

Mestilah seorang yang aktif. Ini membantu kita membawa program tersebut dengan lebih baik. Tidaklah kem tersebut menjadi bosan dan suram.

  • kreatif

Untuk bergaul dengan ahli kem yang mempunyai pelbagai ragam memerlukan kita membawa modul dengan pelbagai cara. Dengan cara ini, modul yang dibawa boleh diterima dan "dihadam" dengan baik. Ini juga akan memberi kesan positif kepada ahli kem.

  • tingkah laku yang baik

Untuk menjadi individu tumpuan ramai, mestilah mempunyai sikap yang baik supaya ahli lain tidak memandang negatif kepada kita.

No comments:

Post a Comment