Kefungsian sosial bermaksud tujuan atau tugas tertentu bagi setiap anggota masyarakat kepada sistem dalam masyarakat kepada sistem dalam masyarakatnya dan akibat yang dihasilkan terhadap orang lain (Samir Muhazzab, 2009). Sosial sangat penting dalam masyarakat kita kalau tidak manusia akan jadi kacau bilau.
Kehidupan sosial seseorang akan menjadikan mereka ke arah positif atau pun negatif. Sebagai contohnya, Huda seorang yang mempunyai kerjaya kukuh di bandar dulunya adalah seorang gadis kampung yang miskin kerana keinginan untuk belajar ke peringkat yang tinggi, Huda tidak kalah dengan kehidupan kampung yang serba kurang. Akhirnya, beliau berjaya dan dapat membantu ibu bapa dan adik-adik yang masih belajar di kampung.
Dari segi ekonomi, sosial juga penting untuk meningkatkan sumber dan kualiti hidup. Pada zaman dahulu, perniagaan bermula dengan sistem barter iaitu sistem tukar barang. Ini disebabkan pada zaman dahulu hidup adalah mudah dan tidak kompleks. Kemudian, zaman berkembang dengan adanya sistem mata wang. Sistem mata wang ini digunakan di seluruh dunia. Oleh sebab ini, masyarakat boleh mendapatkan barang yang mereka perlukan hanya dengan membawa wang mereka. Tetapi, wang dahulu berat dan sangat banyak sehingga menyebabkan mereka tidak boleh mendapatkan barang mereka pada masa itu. Namun kini, wang senang dibawa, tidak berat, senang disimpan dan boleh dibawa ke mana-mana tanpa sebarang masalah. Seluruh dunia menerima sistem mata wang kini.
Kefungsian dalam status sosial membawa kepada tingkah laku manusia. Status ini menunjukkan siapakah atau di manakah individu tersebut di letakkan. Dalam perkahwinan suami mempunyai fungsinya sebagai seorang ketua keluarga manakala isteri berperanan untuk membantu suami di dalam keluarga. Di dalam sesebuah syarikat, seorang ketua berfungsi untuk membantu pekerjanya dan menunjukkan model seorang ketua yang boleh dipercayai.
Di dalam beragama, ia menunjukkan hubungan individu dengan suatu kuasa. Seseorang yang beragama hindu dengan kepercayaannya sendiri. Di dalam Islam, manusia adalah hamba kepada satu kuasa yang maha besar iaitu Allah. Seseorang yang beeragama Islam bertanggungjawab mengikut segala yang telah disuruh dan menjauhkan yang dilarang. Oleh itu, sosial seorang Islam mestilah mengikut syariat yang telah ditetapkan oleh yang Maha kuasa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment